DEPOSIT PELEPASAN CUKAI 2022
Untuk Makluman: Lakukan pengesahan SEGERA keatas deposit yang dibuat.
SIMPAN AWAL TAHUN DAPAT DIVIDEN PENUH!!
Kepada pendeposit SSPN Prime yang dihargai, bagi melayakkan anda memperolehi pelepasan cukai sebanyak RM8000.00, Kini tiba masanya untuk anda membuat simpanan deposit atau membuka akaun SSPN Prime sebelum tawaran ini berakhir. Jangan lepaskan peluang terbaik ini.#DepositSSPNPrime#PelepasanCukai2022 #PengesahanDeposit

Penambahan Deposit SSPN Prime
**PENTING !!!** Bagi Penambahan Deposit, Pendeposit adalah disaran untuk mendapatkan pengesahan SEGERA keatas transaksi penambahan yang telah dilakukan dengan melampirkan RESIT TRANSAKSI BAYARAN dan NO AKAUN SSPN Prime selepas pembayaran dibuat dan email kepada raja_fakaruddin@ptptn.gov.my atau whatsapp: EKSEKUTIF PTPTN untuk diberikan penyata terkini SSPN Prime berserta dengan pengesahan deposit yang telah anda lakukan.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN Prime:
-
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
-
Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;
-
Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
-
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.


